400,000 peminjam PTPTN tidak pernah bayar pinjaman, cecah RM5 bilion 

400,000 peminjam PTPTN tidak pernah bayar pinjaman, cecah RM5 bilion 

ZAMBRY ketika sesi 'Luncheon Talk With Editors' sempena Program Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 KPT, di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mendedahkan jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak pernah membayar langsung hutang pinjaman kini mencecah seramai 400,000 orang.

Data yang dikeluarkan itu membabitkan peminjam PTPTN yang telah menamatkan pengajian sejak 10 tahun lalu dan ke atas membabitkan nilai pinjaman mencecah RM5 bilion.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, data yang diperoleh itu bukan membabitkan graduan baru menamatkan pengajian dalam tempoh dua atau tiga tahun lalu.

“Ini membabitkan mereka yang dari hari pertama (selepas tamat pengajian) sampai sekarang. Ini bukan yang baru tamat pengajian satu atau dua tahun lalu tapi ada yang sudah 20 tahun tak bayar.

“Kumpulan tegar ini selepas 10 tahun yang tak pernah bayar sekali pun. Ia membabitkan 400,000 orang peminjam dengan nilai pinjaman RM5 bilion.

“Saya pernah tanya mereka (peminjam yang tidak pernah bayar), berapa yang awak boleh bayar. Dia cakap RM70 boleh tak? Dan saya jawab RM70 pun takpe asal bayar,” katanya ketika ditemui pada sesi ‘Luncheon Talk With Editors’ Sempena Program Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 KPT, di sini hari ini. 

Mengulas lanjut katanya, ketika sesi di Dewan Negara mengenai isu PTPTN baru-baru ini, Zambry berkata, kedua-dua pihak sama ada kerajaan dan pembangkang bersetuju supaya tindakan diambil kepada peminjam yang tegar tidak membayar pinjaman PTPTN ini.

“Seramai 12 orang Ahli Dewan Negara bangun dan debat serta menyokong supaya tindakan diambil terhadap peminjam yang tegar ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd. Khalid berkata, PTPTN sentiasa membuka ruang untuk berbincang supaya peminjam boleh bayar dengan selesa dan tidak membebankan.

“PTPN ada menyediakan pelan penstrukturan semula pinjaman. Kalau ada tunggakan yang besar kita akan minta bayaran pendahuluan dan ia boleh dibincangkan.

“Kita tidak akan minta sehingga 100 atau 50 peratus tunggakan tetapi mungkin beberapa bulan ansuran bulanan tertakluk kepada tempoh tertunggak.

“Jumlah yang perlu dibayar pula kita akan lihat pada slip gaji mereka dan mungkin sekitar lima ke enam peratus pada gaji bulanan. Kita juga lihat pada umur peminjam.

“Kalau peminjam contohnya berusia 40 tahun, tempoh bayaran boleh dilanjutkan sehingga 60 tahun. Kita ada beberapa parameter dalam menentukan berapa rendahkah ansuran bulanan yang boleh kita berikan dan amaun bayaran permulaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN