YTL bakal lancar superkomputer pertama pada suku ketiga

YTL bakal lancar superkomputer pertama pada suku ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: YTL Power International Bhd (YTL Power) dijangka melancarkan superkomputer pertama di Malaysia dengan menggunakan Nvidia GB200 Grace Blackwell Superchip pada platform Nvidia DGX Cloud menjelang suku ketiga tahun ini.

Pengarah Urusan YTL Power, Datuk Seri Yeoh Seok Hong berkata, pihaknya kini terus mencatatkan kemajuan cemerlang dan berada di landasan yang tepat untuk melancarkan Superkomputer AI YTL dalam tempoh berkenaan.

“Kami terus mencatat kemajuan yang memberangsangkan dan berada di landasan yang tepat untuk melancarkan Superkomputer AI YTL pada suku ketiga tahun ini. Infrastruktur AI ini akan menjadi asas kepada negara-negara maju, sekali gus Malaysia akan menguasai Model Bahasa Besar (LLM) yang merupakan milik negara kita sendiri iaitu ILMU 1.0.

“NVIDIA DGX akan dilancarkan bersama ILMU 1.0, ia merupakan satu pencapaian penting yang akan memulakan pembangunan penyelesaian AI buatan Malaysia,” katanya, di sini, hari ini.

Mac lalu, Seok Hong berkata, kumpulan itu bersedia untuk menawarkan pengkomputeran awan kecerdasan buatan (AI) yang berkuasa kepada rantau ini apabila kluster Blackwell pertama mereka mula beroperasi, dijangka pada Julai depan.

Dalam masa yang sama, Pengurus Besar DGX Cloud Nvidia, Alexis Bjorlin turut berkata, projek tersebut kini berjalan lancar dengan mengumumkan YTL sebagai rakan kongsi pertama Nvidia (NCP) di rantau Asia Pasifik.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan DGX Cloud di Malaysia melalui kerjasama ini. Segala perancangan berjalan seperti yang dijadualkan,” katanya.

Tambahnya, kestabilan bekalan tenaga serta keupayaan pembuatan Malaysia memainkan peranan penting dalam keputusan pelaburan Nvidia, dan menyatakan bahawa YTL Cloud akan menjadi antara pengguna awal platform Nvidia Blackwell Ultra di rantau ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN