Warga emas terselamat dalam kebakaran libatkan tiga buah rumah

Warga emas terselamat dalam kebakaran libatkan tiga buah rumah

DUA anggota bomba dilihat bertungkus-lumus memadam kebakaran melibatkan tiga unit rumah teres setingkat di Taman Island Glades, Gelugor, George Town, Pulau Pinang malam tadi.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang warga emas nyaris maut selepas terperangkap dalam satu kebakaran membabitkan tiga unit rumah teres setingkat di Taman Island Glades, Gelugor, malam tadi.

Mangsa yang berusia 73 tahun itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang tiba di lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itupada pukul 9.59 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ketika dihubungi berkata, seramai 26 anggota terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Perak Lane, Paya Terubong dan Lebuh Bakau.

Katanya, turut membantu dalam kejadian itu adalah sepasukan anggota polis serta kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Kebakaran pada mulanya melibatkan sebuah rumah teres setingkat sebelum merebak ke dua unit rumah bersebelahan dengan anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran itu ialah antara lima hingga 90 peratus.

“Turut terbakar dalam kejadian itu ialah sebuah kereta Toyota Camry, dengan anggaran kemusnahan 10 peratus,” katanya yang memberitahu, api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 11.00 malam.

Tambah beliau, ketika ini, punca kebakaran dan anggaran kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya