Warga emas maut tersedak makanan - Utusan Malaysia

Warga emas maut tersedak makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN:Seorang pengusaha kantin di sebuah sekolah rendah di daerah ini, meninggal dunia selepas dipercayai tersedak makanan ketika bersarapan pagi di kantin itu, hari ini.

Mohd. Abdullah, 70, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kemasik, di sini.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang sedang menikmati sarapan pagi tiba-tiba tersedak sebelum rebah.

Ahli keluarga mangsa yang menyedari kejadian bergegas menghubungi pasukan perubatan untuk bantuan sebelum dibawa ke klinik berhampiran.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan mangsa mempunyai sejarah penyakit asma dan darah tinggi.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN