Utusan raih penghargaan Liputan Berbahasa Melayu tertinggi UPM

Utusan raih penghargaan Liputan Berbahasa Melayu tertinggi UPM

AHMAD Farhan Mohd. Sadullah (tengah) bersama penerima anugerah dalam majlis Media Cipta UPM 2024 di Serdang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Utusan Malaysia malam tadi dianugerahkan penghargaan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai akhbar yang memberi liputan tertinggi bagi kategori berita Berbahasa Melayu.

Majlis tersebut Anugerah Media Cipta UPM 2024 yang diadakan di sini itu bertujuan memberi penghargaan kepada pengamal media yang membantu universiti berkenaan melaporkan aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah.

Majlis tersebut menghimpunkan wakil-wakil daripada pelbagai platform media termasuk media cetak, elektronik dan dalam talian sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan dalam mengetengahkan pencapaian dan inisiatif universiti.

Program yang merupakan inisiatif Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) UPM sebagai sebahagian daripada usaha membina naratif positif dan konsisten tentang peranan UPM dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan dan pemindahan ilmu kepada komuniti.

Naib Canselor UPM, Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah, berkata, bahawa majlis itu merupakan acara tahunan yang diadakan bagi meraikan individu yang mengharumkan nama UPM melalui liputan media, selain menghargai peranan media yang membantu usaha tersebut.

“UPM berperanan sebagai penghubung antara pakar-pakar dan ilmuwan universiti dengan masyarakat. Ilmu dan kepakaran yang dimiliki bukan sahaja disampaikan untuk pengetahuan dan kegunaan rakyat, tetapi lebih penting lagi untuk manfaat komuniti, kerajaan, pembuat dasar serta pihak industri.

“Harapan kami agar kepakaran ini dapat dimanfaatkan secara lebih meluas dan pada masa sama, kami ingin mempelbagaikan kaedah liputan media. Contohnya, pada malam ini, kita tampilkan pelbagai bentuk liputan termasuk liputan umum, liputan berkaitan kepakaran, penyelidikan dan lain-lain,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa acara sebegini diharap dapat membantu meningkatkan persepsi positif terhadap UPM dan pendidikan tinggi secara umum, sejajar dengan potensi besar universiti dalam menyumbang kepada negara, masyarakat dan masa hadapan.

Tambah Ahmad Farhan, media memainkan peranan penting dalam membantu UPM menyampaikan agenda ilmu, pertanian dan kelestarian kepada masyarakat.

“Media bukan sekadar saluran maklumat tetapi rakan strategik dalam memperluaskan capaian dan impak universiti kepada negara dan dunia,” katanya.

“Salah satu strategi yang diambil adalah memastikan aspek promosi dan penjenamaan UPM dilaksanakan secara berstrategi agar memberi impak dan hasil yang diinginkan. Di sinilah pentingnya elemen visibility iaitu keterlihatan yang bersifat positif.

“Kita perlu mengetengahkan keupayaan dan kepakaran UPM supaya dapat difahami dan dihargai oleh masyarakat serta semua pihak yang terlibat dalam pembangunan negara,” katanya.

Selain itu, UPM turut menyampaikan Anugerah Media 2024 sebagai tanda penghargaan atas sumbangan cemerlang organisasi media dalam liputan berkaitan universiti sepanjang tahun lalu.

Dalam pada itu, seramai 19 orang ahli akademik dan seorang pegawai bukan akademik UPM turut menerima Anugerah Visibiliti Media UPM 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN