Ungkit kerjasama BN PH, MCA tiru gaya politik Pas

Ungkit kerjasama BN PH, MCA tiru gaya politik Pas

Abdul Halim Suleiman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sikap MCA yang kerap mengungkit kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menerusi kerajaan Perpaduan seolah-olah meniru gaya politik Pas.

Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, parti itu juga turut menyalahkan pihak lain sedangkan kelemahan itu adalah melibatkan MCA sendiri.

“Saya lihat nampaknya MCA kini mula meniru gaya politik Pas bila kalah, bila lemah cepat-cepat salahkan orang lain. Dua tiga hari ini ada pemimpin MCA seperti nak salahkan kerjasama UMNO dan DAP sebagai punca mereka terpinggir dari arus politik perdana. 

“Tak kurang juga ada yang cadangkan agar MCA mengkaji semula hala tuju dalam BN. Bila saya tengok perangai MCA ni tak ubah macam perangai PAS yang selalu salahkan kerjasama UMNO dan DAP bila kalah dalam PRK,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Abdul Halim berkata, UMNO tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangan walaupun berada dalam kerajaan Perpaduan bersama DAP. 

“Patutnya MCA nilai kelemahan sendiri dalam menarik sokongan pengundi Cina. MCA cuba jadi lebih DAP daripada DAP sendiri dalam pilihan raya umum ke-14, akhirnya menyebabkan mereka kehilangan sokongan. 

“Daripada terus salahkan kerjasama UMNO-DAP, MCA kena kurang bercakap tapi lebih banyak buat kerja dan lakukan reformasi dalaman serta memperjuangkan isu-isu yang dekat di hati rakyat, khususnya masyarakat Cina,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya