Tujuh wanita warga Uganda ditahan terlibat aktiviti pelacuran - Utusan Malaysia

Tujuh wanita warga Uganda ditahan terlibat aktiviti pelacuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan tujuh wanita warga asing disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran dalam operasi bersepadu Op KL Strike Force (Noda) di sekitar ibu negara bermula malam tadi hingga awal pagi ini.

Operasi yang dijalankan bermula pukul 11 malam semalam hingga 4 pagi itu disertai seramai 32 anggota dan empat pegawai polis, 10 anggota dan dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) serta sembilan anggota dan seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, tangkapan membabitkan tujuh warga warga Uganda berusia antara 25 hingga 42 tahun.
Katanya, siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai mencari pelanggan sekitar Jalan Nagasari dan kawasan kaki lima sebuah hotel berhampiran yang menjadi lokasi tumpuan lelaki warga asing.

“Mereka dipercayai mengenakan bayaran antara RM150 hingga RM200 bagi setiap sesi perkhidmatan yang diberikan.

“Selain itu, kita turut memeriksa seramai 33 individu terdiri daripada warga tempatan dan asing berusia 25 hingga 42 tahun dalam operasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, turut dirampas, sebanyak 12 keping kondom, dua gulung tisu dan wang tunai berjumlah RM450.
Jelasnya, kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) daerah terlibat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 20(1)(b) Undang-undang Kecil Tred (UUK Tred).

“DBKL juga mengeluarkan satu notis kompaun serta menyita lima kes membabitkan penjaja warga asing dan premis tanpa lesen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN