Syarikat ciplak telekung Siti Khadijah kena bayar RM1.7j

Syarikat ciplak telekung Siti Khadijah kena bayar RM1.7j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pembuat dan pembekal pakaian diperintahkan membayar ganti rugi RM1.7 juta kepada pengeluar produk telekung berjenama, Siti Khadijah selepas didapati meniru salah satu telekung keluaran syarikat terbabit.

Perintah ganti rugi itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Adlin Abdul Majid pada satu prosiding yang dijalankan secara atas talian pada 6 Mac lalu.

Pada 8 Februari 2024, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa bahawa Telekung Suqainah milik plaintif, Airaz Technologies Sdn. Bhd. telah meniru dan melanggar reka bentuk Telekung Harmoni milik Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. yang dinamakan sebagai defendan.

Siti Khadijah Apparel dan pengarahnya, Padzilah Enda mendakwa terdapat persamaan ketara melalui reka bentuk dan corak di bahagian kepala dan dagu Telekung Suqainah yang meniru Telekung Harmoni Siti Khadijah.

Peguam Ahmad Hafiz Zubir yang mewakili Siti Khadijah Apparel dan Padzilah mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media semalam.

Jelasnya, mahkamah telah memerintahkan Airaz membayar RM1,216,015.20 yang merupakan keuntungan daripada hasil penjualan telekung jenama Suqainah Lite dan Suqainah Luxe (telekung di bahawa sub-jenama Suqainah).

“Selain itu, mahkamah turut mengarahkan Airaz Technologies membayar gantirugi pampasan dan teladan sebanyak RM500,000, dan kos prosiding berjumlah RM5,000 kepada Siti Khadijah Apparel,” katanya.

Pada pertengahan 2022, Siti Khadijah Apparel mengeluarkan surat tuntutan kepada Airaz yang didakwa telah menjual, mengiklan dan mengedarkan Telekung Suqainah Lite Airaz yang meniru dan menciplak reka bentuk telekung miliknya, Telekung Harmoni.

Dalam keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini, Hakim Azlan Sulaiman dalam penghakiman ringkasnya menyatakan, selepas membuat penelitian terhadap kedua-dua rekaan, mahkamah mendapati ciri-ciri penting Harmoni turut ada pada Suqainah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN