Sultan Ibrahim lawat LIMA’25

Sultan Ibrahim lawat LIMA’25

Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenaan berangkat keameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.

Seri Paduka yang berpakaian kemeja putih sambil mengenakan blazer merah jambu tiba di MIEC sekitar 10.15 pagi.

Sultan Ibrahim hadir bersama anak-anaknya iaitu Tunku Abdul Rahman, Tunku Abu Bakar dan Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim.

Sejurus tiba, Seri Paduka disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Adly Zahari.

Turut serta menyambut Seri paduka adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar; Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain dan Panglima Tentera Udara, Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan.

Seri Paduka meluangkan masa kira-kira 30 minit di pavilion milik Velum Labs dan Sapura Secured Technologies (SST) yang mempamerkan inovasi baharu dalam bidang keselamatan dan pertahanan yang diperkasa dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Selepas itu, Sultan Ibrahim berkenan melawat pavilion milik Kementerian Pertahanan Turkiye yang menampilkan aset-aset perthanan

LIMA’25 yang akan berlangsung selama enam hari bermula semalam yang mempamerkan pelbagai inovasi dan teknologi terbaharu pertahanan udara, maritim dan ketenteraan.

Sebanyak 860 sya­rikat iaitu 426 syarikat antara­bangsa dan 434 syarikat tempatan menyertai LIMA’25 dengan menampilkan ciptaan atau produk berkaitan ketenteraan yang dihasilkan mereka sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN