Suami Rahimah Rahim meninggal dunia

Suami Rahimah Rahim meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suami kepada penyanyi veteran, Rahimah Rahim iaitu Juraimi Taib, menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun, 15 Mei lalu.

Berita sedih itu dikongsikan oleh penyanyi veteran kelahiran kota Singa itu menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, pagi tadi.

“Al-Fatihah buat insan yang berhati mulia dan disayangi, suami saya, Juraimi Taib atau dikenali sebagai Remy.

“Saya dan keluarga merasa teramat sedih atas pemergian arwah ke Rahmatullah pada Khamis pagi, 15 Mei 2025,” katanya.

“Kami sekeluarga juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat dan keluarga yang telah banyak membantu saya dalam mengendalikan jenazah arwah,” katanya.

Dalam pada itu, Rahimah juga memohon maaf atas segala kekhilafan arwah sepanjang hayatnya serta meminta sesiapa yang masih mempunyai urusan tertunggak bersama arwah untuk menghubunginya terus.

“Pihak kami juga mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan dan sekiranya ada sesiapa yang mengenali arwah dan ada terdapat urusan-urusan yang masih tertunggak dan belum sempat arwah lunaskan sila mesej saya terus ya.

“Semoga roh Allahyarham Juraimi Taib di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa dalam rahmat Allah SWT,” katanya.

Untuk rekod, Rahimah mendirikan rumah tangga dengan Juraimi pada tahun 1994 dan dikurniakan seorang anak perempuan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN