KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan kes simbah asid ke atas pemain bola sepak, Faisal Halim yang diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) bukan bermaksud siasatan telah ditutup. Sebaliknya, status berkenaan berkait penahanan tiga suspek sebelum ini, selain beberapa petunjuk lain termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan fotofit yang diedarkan polis. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, klasifikasi sedemikian adalah…