Dewan Rakyat beri penghormatan kepada Tun Abdullah

Dewan Rakyat beri penghormatan kepada Tun Abdullah

AHLI Parlimen berdiri bagi memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Kelima pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat ke atas ekonomi Malaysia di Dewan Rakyat, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat ke atas ekonomi Malaysia di Dewan Rakyat dimulakan dengan penghormatan dan bertafakur terhadap Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Allahyarham merupakan seorang tokoh negarawan, pemimpin yang ulung, berjiwa rakyat dan besar jasa serta sumbangannya kepada negara.

Katanya, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar dan yang amat dirasai segenap lapisan masyarakat di negara ini.

“Saya dan bagi pihak Yang Dipertua Dewan Negara, ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta bagi pihak Parlimen Malaysia seluruhnya mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya sebelum memulakan sesi penggulungan dan perbahasan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat ke atas ekonomi Malaysia di Dewan Rakyat, hari ini.

Sejurus itu, semua Ahli Parlimen berdiri dengan mereka beragama Islam membaca surah Al-Fatihah, manakala bukan beragama Islam bertafakur.

Pada 14 April lalu, Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Lah meninggal dunia di usia 85 tahun pada pukul 7.10 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Jenazah Perdana Menteri kelima itu dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya