Sharnaaz Ahmad muka saja garang, sesama kawan dia ‘sweet’ -Shukri Yahaya - Utusan Malaysia

Sharnaaz Ahmad muka saja garang, sesama kawan dia ‘sweet’ -Shukri Yahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Shukri Yahaya, menyifatkan selebriti, Sharnaaz Ahmad sebagai seorang lelaki yang sangat menjaga kebajikan dan keselamatan kawan-kawan.

Ujar Shukri atau Mohd Shukri bin Yahaya, 36, selalunya selepas berkumpul, Sharnaaz akan menghubungi mereka untuk memastikan kawan-kawan pulang ke rumah dengan selamat.

“Sharnaaz ini muka sahaja nampak garang tapi sebenar dia seorang yang ‘sweet’.

“Kalau saya keluar ‘ride’ atau lepak bersama, sampai rumah dia akan mesej ‘mat dah sampai rumah? Aku risau apa-apa jadi dekat kau’.

“Sama juga kalau kami berkumpul di rumahnya sebelum pergi ke mana-mana, dia akan buatkan kopi dan sudah siap belikan makanan.

“Bagi saya personaliti Sharnaaz dengan penampilan yang ditunjukkan sangat berbeza. Tak sama,” ceritanya.

Shukri ditemui Utusan Malaysia semasa pelancaran drama BRU, di Bangsar baru-baru ini.

Mula akrab sejak 2018, Shukri bersyukur kerana Sharnaaz adalah sahabat yang ada bersamanya dalam susah dan senang terutama ketika dunia dilanda pandemik pada 2020.

“Waktu zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua orang susah, tapi dia ada membantu tak kisahlah dari segi kewangan mahupun sokongan moral.

“Kalau difikirkan, dia lagilah mencabar sebab seorang bujang dan duduk sendirian. Tapi dia ada untuk sesi luahan perasaan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN