Seorang remaja, dua kanak-kanak cedera, motosikal langgar kereta

Seorang remaja, dua kanak-kanak cedera, motosikal langgar kereta

KERETA jenis Perodua Myvi yang terlibat dengan kemalangan di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki dan dua kanak-kanak lelaki yang dalam perjalanan ke sekolah cedera selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam kejadian di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada pukul 8.04 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah motosikal Yamaha NVX telah melanggar bahagian hadapan sebuah Perodua Myvi. Tiga mangsa lelaki, termasuk dua kanak-kanak, mengalami kecederaan,” katanya.

Kata kenyataan itu, kesemua mangsa diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut diperoleh mengenai identiti semua mangsa termasuk pemandu kereta manakala nombor pendaftaran motosikal tidak dapat dikenal pasti pihak bomba. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN