Sebabkan kematian suami: Bekas calon pilihan raya terlepas hukuman gantung

Sebabkan kematian suami: Bekas calon pilihan raya terlepas hukuman gantung

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang bekas pensyarah terlepas hukuman gantung dsampai mati sebaliknya hanya dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian suaminya, tiga tahun lalu.

Hakim Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas tertuduh, Lau Seck Yan, 58, yang juga bekas calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 2018 membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman berkenaan bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 23 Januari 2022.

Terdahulu, pertuduhan asal tertuduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibenarkan di bawah pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menyebabkan kematian ke atas Poh Seng Hiap, 55 dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematian.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 3.30 petang di sebuah rumah di Rasah Kemayan Golf & Country Township di Seremban 2 di sini pada 23 Januari 2022.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Terdahulu, peguam Kitson Foong yang mewakili tertuduh berkata, anak guamnya merupakan seorang pensyarah di sebuah kolej swasta dan ini merupakan kesalahan pertama yang dilakukannya.

Jelas beliau tertuduh telah mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang ditawarkan dan faktor peringanan hukuman perlu diambil kira.

“Saya berharap mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara minumum supaya beliau boleh pulang secepat mungkin ke pangkuan anak-anak perempuannya.

“Beliau juga berharap diberi peluang menjaga ayahnya yang telah uzur berusia 88 tahun,” katanya.

Sementara itu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Hazwani Omar memohon satu hukuman setimpal dijatuhkan dengan mempertimbangkan faktor keseriusan jenayah dan kepentingan awam.

Khairunnisa berkata, hujahan hukuman berat dan setimpal harus diberikan bukan saja kepada tertuduh, malah orang lain supaya tidak melakukan kesalahan sama pada masa hadapan.

Tambahnya lagi, kesalahan dilakukan tertutup adalah serius kerana telah meragut nyawa seorang lelaki iaitu suaminya sendiri.

Sebelum ini, media melaporkan pada 28 Januari 2022, Lau Seck Yan, 55, yang merupakan seorang suri rumah dan juga bekas calon bebas PRK Parlimen Port Dickson pada 2018 didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah rumah di Rasah Kemayan Seremban 2 di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN