Fokus band baharu, Harry lepaskan sementara kumpulan Khalifah - Utusan Malaysia

Fokus band baharu, Harry lepaskan sementara kumpulan Khalifah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gitaris, Ahmad Sairi Haslan Muhammad Redzwan atau Harry mengumumkan berehat sementara daripada sebarang aktiviti bersama kumpulan Khalifah.

Ahmad Sairi yang mesra dengan panggilan Apak memaklumkan keputusan itu dibuat bagi memberi tumpuan kepada kumpulan baharu yang diasaskannya iaitu K’APAK.

“Insya-Allah Apak akan fokus dengan project baru, band baharu iaitu K’APAK yang bermaksud kumpulan APAK.

“Buat masa ini, Khalifah Apak akan kasi relaks dulu sebab tak ada penyanyi yang sesuai atau Apak akan pulangkan kepada tuan asalnya iaitu Yabang sebab dia sahaja yang layak pakai nama khalifah

“Apak akan mula dari bawah seperti mana dengan khalifah dulu. Harap engkau orang sokong K’APAK ya. Semoga K’APAK akan terus mekar dalam industri muzik tanah air,” kongsinya.

Ahmad Sairi dalam masa mengakui sedikit berat hati untuk melepaskan kumpulan tersebut yang diasaskannya bersama vokalis, Awang Sulong Oyong atau Yabang pada 2006.

“Tapi apa boleh buat, Khalifah itu bukan nama yang Apak buat, itu nama daripada Yabang.

“Sepatutnya dia jangan keluar kumpulan itu, biar Apak sahaja. Bila fikir secara dalam, memang bukan hak Apak untuk teruskan Khalifah ini, hak orang lain sebenarnya.

“Tak apalah, kita mula dari bawah, kita cuba ya, perlahan-lahan. Kita mula dengan K’APAK,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN