TELUK INTAN: ‘Saya tak dapat lupakan rintihan minta tolong kawan-kawan yang bergelimpangan’. Itu luahan Mohd Hanif Taufik Rodzi, 26, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Sungai Senam Ipoh yang cedera dalam nahas trak FRU dan lori di Teluk Intan semalam. Menceritakan detik kemalangan, Mohd. Hanif berkata, dia ketika itu duduk di bahagian hujung belakang trak bersama-sama antara anggota FRU lain ketika mereka dalam perjalanan untuk pulang ke Ipoh selepas…










