KUALA LUMPUR : Pelakon, Edika Yusof, 59, mengakui tidak reda bercerai dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri.
Bagaimanapun, kata Edika, dia sedia memenuhi permintaan isterinya itu meskipun menaruh harapan perkahwinan mereka dapat diselamatkan.
“Saya tak reda bercerai. Siapa yang nahu musnahkan rumah tangga, keluarga. Tetapi sekiranya itu yang dia benar mahukan, saya akan penuhi permintaannya.
“Kita tengok apa yang terjadi sebentar lagi. Tetapi kalau ditanya, saya memang mengelak,”katanya.
Edika berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus tiba di perkarangan Makanah Syariah Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi tadi.
Selain itu, menurut Edika,dia juga terkilan apabila keadaan kesihatan mental isterinya tidak diambil kira oleh pihak mahkamah.
“Saya sudah melampirkan dokumen hospital berkenaan keadaan kesihatan dia. Ia memandangkan penyakit isterinya iaitu meningitis atau radang selaput otak boleh menjejaskan keadaan mentalnya.
“Tetapi tidak diambil kira. Bukan saya menyalahkan mana-mana pihak tetapi minta faktor itu dipertimbangkan,”katanya.
Sementara itu, Nor Hidayah yang hadir juga ke mahkamah pada waktu yang sama pagi tadi mengakui enggan menaruh sebarang harapan.
Hidayah berkata demikian ketika hadir ke mahkamah bagi sebutan ketiga permohonan cerai terhadap suaminya, Edika.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi permohonan cerai difailkan Hidayah.
Lafaz cerai tidak dapat dilakukan disebabkan wanita itu dalam keadaan tidak suci.
Edika tidak diwakili peguam, manakala isterinya diwakili peguam syarie, Mohd Yazid Hazim.
Menerusi laporan berita sebelum ini, Mohd Yazid memaklumkan, terdapat 10 dakwaan disertakan Nor Hidayah atas sebab permohonan cerai dibuat, bagaimanapun tidak boleh mendedahkan kerana ia mengaibkan.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Nor Hidayah turut mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu. -UTUSAN