Sarawak 'ada duit' laksana pendidikan tinggi percuma - Zambry

Sarawak ‘ada duit’ laksana pendidikan tinggi percuma – Zambry

ZAMBRY Abdul Kadir pada Program Kepimpinan Muda Kebangsaan Karisma: Pemikir Madani di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Putrajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai halangan terhadap usaha kerajaan negeri Sarawak untuk melaksanakan pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak Sarawak kerana mereka mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, ini kerana Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan di peringkat rendah mahu pun di peringkat pendidikan tinggi.

“Mungkin pihak kerajaan negeri Sarawak mudah sahaja (laksana pendidikan tinggi percuma) kerana dia ada duit, dia nak laksanakan untuk anak-anak Sarawak, saya fikir tak perlu ada (sebarang) kajian, melainkan ada hal-hal yang berkaitan dengan perlembagaan dan sebagainya.

“Kerajaan Sarawak ingin memberikan bantuan kepada anak negerinya, jadi saya fikir bukan lah suatu perkara yang rumit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Kepimpinan Muda Kebangsaan Karisma: Pemikir Madani di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini.

Kabinet Sarawak sebelum ini dilaporkan meluluskan kertas cadangan bagi pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) yang akan bermula pada 2026 dan terbuka kepada rakyat Sarawak.

Institusi yang terlibat adalah institusi pengajian tinggi milik Sarawak, iaitu Swinburne University of Technology Sarawak, Curtin University of Malaysia, University Technology of Sarawak dan i-CATS University College.

Program yang diluluskan di bawah FTES merangkumi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Undang-Undang, Perubatan, Perakaunan dan Kewangan.

//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN