Sangsi sejarah lampau bakal isteri

Sangsi sejarah lampau bakal isteri

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

Sangsi sejarah lampau bakal isteri

Saya dalam dilema adakah perlu gesaan ibu bapa yang mencadangkan supaya saya menikah dengan seorang wanita yang merupakan anak kenalan mereka dan berharap dia bakal isteri saya

Saya tidak begitu percaya kelakuan wanita ini kerana pernah bekerja di kelab malam. Saya enggan menceritakan hal itu kepada ibu bapa saya kerana enggan memburuk-burukkannya dan memalukan rakan ibu bapa saya itu. Apakah nasihat ustaz?

Farlan
Kuala Terenggannu

JAWAPAN
Dalam isu ini tidak salah menolak wanita tersebut untuk dijadikan isteri sekiranya terdapat maslahah yang besar. Namun tolaklah dengan cara yang baik. Jangan juga memberi aib kepada wanita tersebut dan keluarganya.

Golongan masuk syurga daripada 73 golongan

SOALAN
Rasulullah pernah bersabda bahawa ada 73 golongan dalam Islam tetapi hanya satu yang masuk syurga. Adakah diperjelaskan siapa golongan ini?

Aziei
Ipoh

JAWAPAN
Hadis ini mempunyai khilaf dalam kalangan ulama pada kesahihannya. Maka ia tidak boleh dijadikan hujah untuk menyatakan kumpulan-kumpulan yang berbeza dan berselisih menjadi sebab mereka masuk neraka. Insya-Allah khilaf umat adalah rahmah.

Keliru solat jamak, qasar

SOALAN
Jika saya hendak jamak dan qasar yang sah syaratnya, solat fardu mana dahulu sepatutnya saya kerjakan dalam kedua-dua situasi itu. Sebagai contoh antara Zuhur dan Asar, mana satu saya perlu kerjakan dahulu begitu juga antara Maghrib dan Isyak?

Firdaus
Perlis.

JAWAPAN
Sekiranya melakukan solat jamak Taqdim maka lakukan dahulu Zuhur kemudian Asar sekiranya lakukan jamak Takhir maka tidak disyaratkan dahulu solat Zuhur boleh sahaja lakukan Asar dahulu.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya