Russian Knights pukau pengunjung LIMA’25

Russian Knights pukau pengunjung LIMA’25

Antara aksi menarik dipersembahkan Russian Knights pada persembahan aerobatik di ruang udara Langkawi sempena LIMA'25. UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pasukan elit aerobatik dari Russia, Russian Knights terus memukau pengunjung Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) apabila mempersembahkan aksi mereka.

Ribuan pengunjung yang hadir terpukau dengan formasi menarik enam pesawat Sukhoi Su-30SM dan Su-35S di persembahan udara sempena LIMA’25.

Pasukan tersebut menjadi antara penyeri dalam persembahan aerobatik setiap kali LIMA berlangsung.

Russian Knights merupakan satu-satunya pasukan aerobatik di dunia yang melakukan pertunjukan dengan pesawat pejuang bersaiz penuh tanpa pengubahsuaian khas, sekali gus menonjolkan keupayaan sebenar pesawat itu.

Selain Russian Knights, turut membuat persembahan aerobatik adalah Jupiter dari Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU).

Russian Knights mula menyertai LIMA sejak edisi pertama pada 1991 dan pada penampilan sulung itu, pasukan mempamerkan Su-27 Flanker.

Pasukan berkenaan kemudian memberi komitmen dalam penyertaan LIMA antaranya pada 1993, 1995, 2013, 2017 dan 2023.

Pada edisi ke-16 dan 17, Russian Knights menerbangkan dua pesawat pejuang Sukhoi Su-30SM dan Su-35S, sekaligus menandakan peralihan kepada pesawat generasi baharu dalam demonstrasi mereka.

Kehadiran pasukan itu bukan sahaja memeriahkan pameran berprestij ini tetapi turut mencerminkan hubungan pertahanan yang erat antara Malaysia dan Rusia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN