Ribut petir, hujan lebat landa tujuh negeri, Putrajaya hingga tengah hari

Ribut petir, hujan lebat landa tujuh negeri, Putrajaya hingga tengah hari

MetMalaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh buah negeri serta Putrajaya yang dijangka berterusan sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Menerusi kenyataan, amaran tersebut melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor meliputi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca buruk turut diramal melanda Putrajaya serta beberapa kawasan di Johor membabitkan daerah Batu Pahat dan Pontian.

Sementara itu di Sarawak, amaran dikeluarkan bagi kawasan Mukah meliputi Daro, Matu, Dalat dan Mukah, selain Bintulu yang merangkumi daerah Tatau dan Bintulu.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca semasa menerusi saluran rasmi MetMalaysia serta aplikasi MyCuaca bagi sebarang maklumat lanjut dan amaran terkini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya