Meta banteras penipuan AI di rantau Asia

Meta banteras penipuan AI di rantau Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Meta melancarkan tindakan besar-besaran bagi membanteras penipuan dalam talian di rantau Asia-Pasifik (Apac) menerusi Laporan Ancaman Adversarial terkini, ketika jenayah siber yang didorong kecerdasan buatan (AI) semakin meningkat.

Dalam temubual eksklusif dengan Bangkok Post, Pengarah Dasar Keselamatan Meta, David Agranovich berkata, laporan dwitahunan itu menekankan perkembangan utama global berkaitan penipuan, operasi pengaruh dan penyalahgunaan yang semakin didorong oleh AI.

Fokus utama laporan itu adalah pembongkaran rangkaian jenayah, kebanyakannya berpangkalan di Kemboja, yang menyamar sebagai pegawai kerajaan dan polis untuk memperdaya mangsa di seluruh Apac, termasuk Australia, Indonesia, Filipina, Thailand serta Vietnam.

Laporan itu turut menekankan peningkatan skala dan kecanggihan rangkaian penipuan rentas sempadan di rantau ber­kenaan.

Menurut Meta, operasi demikian berkembang dengan ketara dari segi saiz dan kerumitan, dengan penjenayah semakin giat memindahkan mangsa ke aplikasi pemesejan yang disulitkan serta saluran pembayaran alternatif.

Mereka menggunakan identiti yang dicuri atau direka untuk kelihatan meyakinkan di peringkat tempatan, sambil meningkatkan operasi melalui buku panduan skrip dan automasi.

Agranovich berkata, taktik demikian sentiasa diperhatikan di Australia, Singapura dan India, di mana penipuan penyamaran serta penipuan pelaburan kekal sebagai ancaman yang paling kerap dilaporkan.

AI digunakan untuk meningkatkan keberkesanan penipuan di seluruh Apac, terutama melalui video deepfake yang menampilkan wajah tokoh awam, trend paling ketara di Australian dan India, berserta pendekatan pemperibadian besar-besaran terhadap mangsa.

“Walaupun Meta bertindak balas dengan sistem pengesanan tingkah laku canggih dan amaran perbualan mencurigakan, kami juga melaksanakan langkah keselamatan AI baharu, termasuk Llama Firewall dan kerangka Rule of Two untuk ejen AI, bagi melindungi pengguna kami,” kata Agranovich.

Beliau berkata, Meta menyokong penangkapan polis Singapura berkaitan dengan rangkaian penipuan terancang sebagai sebahagian daripada kerjasama meluas dengan agensi penguatkuasaan undang-undang serantau.

Syarikat itu juga menjemput hampir 500,000 tokoh awam untuk mendaftar dalam program pengenalan wajah Meta bagi mengurangkan kes penipuan penyamaran, masalah yang ketara berlaku di Australia, Singapura dan India.

Pada masa sama, Meta juga memadam sejumlah besar akaun palsu dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang, institusi kewangan serta rakan kongsi pelbagai sektor melalui inisiatif Pasukan Pusat Penipuan Jabatan Kehakiman AS.

Antara Januari dan Oktober, Meta memadam lebih 6,400 akaun dan halaman Facebook kerana melanggar dasar berkaitan penipuan, skim palsu serta individu atau organisasi berbahaya, katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×