Ribut petir dijangka landa 10 negeri petang ini

Ribut petir dijangka landa 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di 10 negeri yang dijangka berlarutan sehingga pukul 4 petang ini.

Dalam satu kenyataan, Met Malaysia memaklumkan ramalan itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak. 

“Di Kedah, antara kawasan yang terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” katanya.

Met Malaysia juga mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di Pulau Pinang dijangka tertumpu di Seberang Perai Selatan.

“Antara kawasan di Selangor yang akan terjejas termasuk Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang,” katanya. 

Selain itu, kawasan yang akan terjejas di Negeri Sembilan pula ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

“Kawasan yang akan terjejas di Melaka adalah meliputi daerah Jasin manakala negeri Johor pula adalah kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya. 

Bagi Sarawak pula, cuaca buruk diramalkan akan melanda kawasan pedalaman Kapit iaitu Bukit Mabong, Miri dan Limbang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN