PETALING JAYA: Rapid KL akan melanjutkan tempoh operasi perkhidmatan rel pada waktu puncak pagi dan petang sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di sekitar ibu negara dan Putrajaya bermula 23 hingga 28 Mei ini. Prasarana Malaysia Berhad menerusi kenyataan berkata, waktu puncak pada hari bekerja sepanjang tempoh tersebut akan ditambah selama satu jam pada sebelah pagi dan petang. Waktu puncak baharu bermula dari 6.30 pagi hingga 10.00 pagi…