Rafizi tidak perlu tunduk desakan dalaman parti 

Rafizi tidak perlu tunduk desakan dalaman parti 

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Rafizi Ramli perlu bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 24 Mei ini bagi menunjukkan demokrasi wujud dalam parti itu.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Romzi Ationg berkata, Rafizi tidak sepatutnya tunduk pada desakan dalaman parti sehingga mengambil keputusan untuk melepaskan kerusi Timbalan Presiden PKR.

Katanya, PKR merupakan parti yang menguar-uarkan demokrasi dan ketelusan, justeru adalah tidak betul jika terdapat usaha untuk menghalang Rafizi daripada bertanding.

“Rafizi kena bertanding kerusi berkenaan untuk tunjukkan wujud demokrasi sewajarnya di dalam PKR, jika tidak ia akan merosakkan imej parti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kedudukan Rafizi menjadi perbincangan hangat dalam kalangan akar umbi PKR terutama ketika proses Pemilihan Keadilan 2025 dan beliau pula didakwa mengambil cuti panjang.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR bagaimanapun  menangguhkan proses Pencalonan Pemilihan 2025 peringkat pusat yang dijadualkan pada 3 dan 4 Mei ini kepada pada 8 hingga 9 Mei.

Penganalisis politik, Mujibu Abd. Muis berkata, spekulasi membabitkan Rafizi hanya sekadar ingin menghangat pemilihan PKR.

“Jika spekulasi itu benar, saya rasa PKR akan kehilangan Rafizi kerana beliau merupakan pemimpin yang agak digemari oleh pengundi atas pagar dan merupakan tokoh yang agak disenangi oleh kelas pertengahan serta atasan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN