Rafizi tidak akan disekat masuk Sarawak

Rafizi tidak disekat masuk Sarawak

rafizi
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak akan dihalang masuk ke Sarawak walaupun tewas dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR sekiranya beliau tidak menimbulkan masalah dengan negeri itu.

Menteri Kabinet Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kenyataam Rafizi bahawa beliau akan dinafikan masuk Sarawak jika beliau kalah dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR dan berundur daripada Kabinet adalah tidak berasas.

Beliau juga mengkritik Rafizi kerana mengheret Sarawak dalam isu pemilihan dalam dalam PKR.

“Kenapa kena pukul kami.” tanya Abdul Karim seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today. 

Abdul Karim berkata, mereka mempunyai hubungan baik dengan Pakatan Harapan dan PKR di peringkat persekutuan dan bersama-sama dalam kerajaan perpaduan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan GPS berkata, Sarawak mempunyai autonomi ke atas imigresen, tetapi sentiasa menggunakan haknya untuk menafikan kemasukan ke negeri itu secara bertanggungjawab.

Beliau berkata hanya individu yang berniat jahat—terutama mereka yang cuba menyemai perpecahan melalui perbalahan kaum dan agama—akan dihalang daripada memasuki Sarawak.

“Jika Rafizi tidak lagi menjadi menteri dan berkelakuan baik ketika di Sarawak, sudah tentu kita tidak akan menghalangnya,” kata Karim.

Antara 2013 dan 2018, kerajaan Sarawak menghalang Rafizi dan pemimpin PH lain daripada memasuki negeri itu.

Larangan itu kemudiannya dikaji semula selepas PH membentuk kerajaan persekutuan pada 2018.

Pada acara kempen pemilihan PKR Sabtu lalu, Rafizi mengatakan beliau mungkin dilarang memasuki Sarawak jika kehilangan jawatan parti dan meletak jawatan sebagai menteri.

Menteri Ekonomi itu sebelum ini berkata beliau akan melepaskan jawatan menteri dan timbalan presiden parti jika kalah kepada pencabarnya, Nurul Izzah Anwar, pada pemilihan PKR, yang dijadualkan diadakan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN