Pulang ke Malaysia demi keluarga, Zee Avi nafi gagal di AS

Pulang ke Malaysia demi keluarga, Zee Avi nafi gagal di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Zee Avi menolak persepsi segelintir pihak yang mengaitkan kepulangannya ke tanah air disebabkan kariernya kurang menjadi di Amerika Syarikat (AS).

Kata Zee atau nama sebenarnya, Izyan Alirahman, sebaliknya keputusan pulang ke Malaysia adalah untuk berada dekat dengan keluarga.

“Saya ini anak sulung yang ada tanggungjawab kepada keluarga. Lagipun Malaysia adalah rumah saya. Keluarga saya di sini, saya dan suami suka tinggal di sini.

“Apa pun saya ikut sahaja ketentuan Allah S.W.T. Tapi buat masa ini memang saya tidak merancang untuk kembali ke AS sebab ada studio rakaman di Bukit Bintang yang perlu saya uruskan,” katanya.

Zee Avi sebelum ini mencipta nama di AS dengan menerbitkan dua album iaitu Zee Avi dan Ghostbird yang keduanya berjaya menembusi carta Billaboard.

Penyanyi berusia 39 tahun ini juga pernah diketengahkan dalam majalah antarabangsa seperti Teen Vouge, Esquire, Rolling Stone dan Entertainment Weekly.

Dia juga pernah membuat persembahan dalam festival muzik terkenal di AS seperti SXSW, Bonnaroo dan Mountain Jam.

Penyanyi kelahiran bumi kenyalang ini pada November 2021 mendirikan rumah tangga dengan jejaka Jepun, Kenji Matano.

Katanya, dia tidak berdepan masalah besar untuk memperkenalkan dan mengajar suami tentang budaya tempatan dan agama Islam.

“Suami saya seorang yang suka merantau, jadi dia memang terdedah dengan adat dan budaya asing.

“Ketika kami mula-mula berkahwin, saya kena terangkan kepada dia tentang banyak perkara mengenai budaya kita.

“Paling asas cara kita menghormati orang yang lebih tua. Seronok sebenarnya kerana dalam kita mengajar orang lain, kita juga dapat mengingatkan diri sendiri tentang adat dan budaya sendiri,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN