Prasarana lancar aplikasi MyRapid PULSE 

Prasarana lancar aplikasi MyRapid PULSE 

prasarana
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aplikasi perancang perjalanan MyRapid PULSE baharu yang dillancarkan Prasarana  bakal memberi manfaat kepada pengguna pengangkutan awam khususnya pengembara dari luar negara.

Menurut Prasarana, pengenalan aplikasi baharu itu menjadi pemangkin utama dalam memperkasa sektor pelancongan negara, khususnya pengembara untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih lancar.

“Aplikasi ini mempunyai fungsi  navigasi perancang perjalanan yang lebih mudah dan mesra pengguna, serta pengenalan ciri ‘Explore City’ atau ‘Jelajah Bandar’. Ia membantu pengguna mengenal pasti lokasi menarik di sekitar Lembah Klang berdasarkan kategori seperti mercu tanda pelancongan dan sebagainya.

“Malah ianya direka sebagai pelengkap gaya hidup moden yang menitikberatkan kesalinghubungan, penerokaan, ganjaran gaya hidup serta kemudahan harian, khusus untuk pengguna pengangkutan awam sama ada untuk tujuan ulang-alik harian mahupun pengembaraan menjelajah bandar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Prasarana berkata, aplikasi itu turut memperkenalkan ciri ‘Ganjaran & Promosi’ yang memberikan lebih nilai tambahan kepada pengguna berdaftar.

“Melalui kerjasama dengan jenama runcit dan gaya hidup terpilih, pengguna boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif seperti diskaun pembelian dan promosi khas di outlet terpilih.

“Malah, selaras dengan slogan Prasarana iaitu ‘Memajukan Mobiliti, Memperkaya Pengalaman’, aplikasi ini diharap dapat membantu semua pengguna, khususnya pelancong dan pengguna kali pertama merancang perjalanan mereka dengan lebih efisien dari satu lokasi ke lokasi yang lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN