Polis siasat kiriman mesej berbaur lucah oleh pempengaruh

Polis siasat kiriman mesej berbaur lucah oleh pempengaruh

SITI KAMSIAH HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat dakwaan seorang pempengaruh dikenali CEO Batu, membuat kiriman mesej berbaur lucah kepada individu lain.

Siasatan dilakukan selepas tangkap layar kiriman mesej antara suspek dan mangsa baharu itu didedahkan penyanyi dan pempengaruh, Caprice di laman sosial Instagram miliknya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan ketika ini tertumpu kepada kes dilaporkan.

“Suspek sedang ditahan reman sehingga 26 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Setakat ini tiada laporan lain yang diterima,” katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam, media melaporkan, CEO Batu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat ibu mangsa.

Beliau dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati suspek menghantar beberapa imej tidak senonoh serta mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal Mei lalu.

Katanya, polis memandang serius kesalahan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN