Pempengaruh media sosial didakwa tipu pesara RM80,000

Pempengaruh media sosial didakwa tipu pesara RM80,000

Pempengaruh media sosial didakwa tipu pesara RM80,000 di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang pesara wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000.

Tertuduh, Mikahail Isaaq Mohd. Rozi, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuuhan dibacakan di hadapan Majistret Ezrene Zakariah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu seorang wanita, Tan Mei Lan, 56, dengan memperdayakannya untuk menyerahkan wang tunai RM80,000 sebagai modal perniagaan bagi penjualan kosmetik.

Tertuduh juga menjanjikan mangsa kedudukan rakan kongsi kepada mangsa di Syarikat Two M Legacy selain menerima gaji RM10,000 sebulan dan keuntungan 10 peratus setiap bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank Muamalat, Presint 15, Putrajaya pada pukul 3.30 petang, 21 Mei 2025.

Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Batrisyia Mohd Khusri menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Namun begitu, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah memberikan jaminan yang lebih rendah.

“Tertuduh berusia 31 tahun, telah berkahwin, ada dua anak berusia dua tahun dan empat tahun. Tertuduh juga tidak bekerja, manakala isterinya baru berniaga untuk sara hidup keluarga,” katanya.

Majistret Ezrene Zakariah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia.

Beliau juga menetapkan 9 Julai sebagai tarikh sebutan kes untuk penyerahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN