Polis siasat kemungkinan suami Pamela suspek

Polis siasat kemungkinan suami Pamela suspek

RAZARUDIN Husain ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PDRM 2024 di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.-UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan kes penculikan Datin Seri Pamela Ling sejak 9 April lalu setakat ini menjurus kepada kemungkinan suami Datin Seri Pamela Ling serta beberapa individu lain sebagai suspek.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan masih berjalan dan setakat ini pihaknya tidak menolak kemungkinan suami kepada wanita terbabit adalah suspek selain beberapa individu lain.

“Buat masa ini, kemungkinan (suami Pamela sebagai suspek) ke arah itu, dan mungkin ada orang lain.

“Siasatan masih belum (lengkap) itu lagi dan kita percaya ada org lain kita ambil sebagai suspek juga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PDRM 2024 di Bukit Aman di sini hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya