Polis siasat dakwaan 'Abah Aspirasi' dipukul, diludah OKT

Polis siasat dakwaan ‘Abah Aspirasi’ dipukul, diludah OKT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga individu ditahan bagi membantu siasatan dakwaan kes pukul, ludah dan ugut seorang pempengaruh politik dikenali ‘Abah Aspirasi’.

Kejadian dipercayai berlaku pada Selasa lalu apabila ketiga-tiga suspek merupakan orang kena tahan (OKT) dalam perjalanan ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman berkenaan kes yang disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, dakwaan berkenaan insiden itu juga telah tular di media sosial menerusi enam rakaman video sejak semalam.

Katanya, sehubungan itu satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

“Bertindak atas laporan yang diterima, polis menahan tiga lelaki berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan.

“Merujuk kepada kandungan rakaman video yang dikongsi di media sosial, polis menegaskan bahawa kejadian itu ada asasnya dan kita sedang berusia untuk menyempurnakan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang unsur salah laku membabitkan anggota polis dalam kejadian berkenaan.

Jelasnya, polis tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba untuk menyebarkan maklumat tidak sahih dan boleh mengganggu siasatan serta keresahan awam.

“Perbuatan menyebarkan spekulasi tanpa asas boleh membawa implikasi serius yang boleh diambil tindakan tegas sekiranya didapati melanggar undang-undang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang juga pempengaruh politik diserang sekumpulan individu di pondok pengawal di Bandar Seri Coalfields, di sini, 24 Mei lalu.

Kejadian itu dipercayai akibat rasa tidak hati terhadap siaran langsung pempengaruh itu di aplikasi TikTok berkaitan isu politik.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN