Pertengkaran dengan suami dipercayai punca wanita maut tercampak dari van

Pertengkaran dengan suami dipercayai punca wanita maut tercampak dari van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertengkaran dengan suami dipercayai punca seorang wanita tercampak keluar dari van di tepi Lebuhraya Shah Alam (Kesas) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar di dekat sini, semalam.

Ia susulan penahanan lelaki berusia 50 tahun itu pada 6 petang, pada hari kejadian oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sebuah rumah di Taman Kinrara, Puchong, Selangor. 

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, hasil soal siasat mendapati suspek yang bekerja sebagai penghantar barang mengaku terbabit dengan kes kematian isterinya.

“Suspek mendakwa berlaku pertengkaran dengan isteri ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu sudah mendirikan rumahtangga sejak 20 tahun lalu dan mempunyai dua anak,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, ujian saringan air kencing dilakukan ke atas suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, ampetamine dan benzo. 

Jelasnya, suspek juga mendakwa isterinya turut terbabit penyalahgunaan dadah,” katanya.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau termasuk dadah.

Aidil berkata, suspek direman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Media semalam melaporkan, wanita maut selepas tercampak keluar dari van di tepi Lebuhraya Kesas berhampiran R&R Awan Besar menghala Petaling Jaya.

Kejadian berlaku pada 2.35 petang dan mangsa disahkan bukan Datin Seri Pamela Ling yang dilapor hilang.

Seorang saksi kejadian memaklumkan mangsa masih hidup ketika itu tetapi tidak bercakap sebelum disahkan meninggal dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN