Pernah temukan Nora dengan isteri pertama, Rushdi harap ada sinar damai

Pernah temukan Nora dengan isteri pertama, Rushdi harap ada sinar damai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Tidak dinafikan mempunyai seorang atau dua isteri pasti ada pasang surutnya. Sebagai suami, saya perlu bijaksana dan tegas dalam mengedalikan masalah rumah tangga.”

Demikian kata suami kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin, Dr. Rushdi Ramli ada melakukan beberapa usaha untuk memastikan isteri pertama, Rose Aliza Sutrisno dan Nora berdamai.

Menurut Dr. Rushdi, dia juga pernah mempertemukan Nora dengan keluarga isteri pertamanya, Rose sebagai usaha mengekalkan keharmonian dalam berpoligami.

“Usaha untuk mencari jalan penyelesaian itu pernah berlaku sebelum ini, walaupun hanya sekali. Usaha itu memang wujud dan dilakukan dengan kesungguhan.

“Secara peribadinya, itulah usaha yang paling utama dalam menjalani kehidupan berpoligami memandangkan perkara itu sudah lama terdetik dalam hati saya sejak saya membuat keputusan untuk berpoligami.

“Niat saya jelas, saya ingin menjalani kehidupan berpoligami yang sah, mengikut hukum, dan dilakukan dengan betul,” katanya.

Dalam pada itu, pensyarah di sebuah universiti tempatan tersebut menegaskan dia enggan kemelut yang berlaku memberikan impak yang negatif terhadap dirinya dan kerjaya.

“Saya tidak ingat secara terperinci bila pertemuan itu berlaku. Tetapi tujuannya adalah untuk mencapai satu bentuk persefahaman. Ketika itu, semuanya berjalan dengan baik.

“Apa yang sedang berlaku juga bukan sekadar perjumpaan semata-mata, tetapi satu proses yang sedang berterusan.

“Jika tidak diselesaikan dengan baik, perkara ini akan memberi tekanan kepada saya secara peribadi. Malah, isu ini boleh menyebabkan kekeliruan, mengganggu kerja, dan menjejaskan kesejahteraan emosi.

“Sebab itulah saya sangat berharap agar perdamaian dapat dicapai dan langkah susulan selepas keputusan mahkamah hari ini akan membawa kebaikan kepada semua pihak,” katanya.

Hari ini, Rushdi hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi menjalani proses sebutan pertama perceraian yang difailkan Nora.

Bagaimanapun, Dr. Rushdi enggan melafazkan talak terhadap penyanyi itu bahkan perlu menjalani sebutan kedua dan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun seperti yang ditetapkan oleh mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN