Perkasa pengurusan masjid - Sultan Mizan

Perkasa pengurusan masjid – Sultan Mizan

SULTAN Mizan Zainal Abidin (tengah) berkenan bersalaman dengan rakyat selepas merasmikan Masjid Kampung Bukit Putera, Setiu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama memainkan peranan untuk memperkasa pengurusan masjid di negeri ini.

Sultan Mizan bertitah, pemerkasaan itu dilaksanakan melalui program latihan dan pendedahan  berterusan kepada ahli jawatan kuasa (AJK) masjid yang merangkumi aspek pentadbiran, kewangan, pengurusan aset, pembangunan program serta pendekatan dakwah yang berkesan. 

“Dengan pendedahan dan bimbingan yang sistematik, AJK masjid lebih berkeyakinan dan berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab secara profesional, teratur dan berintegriti. Usaha ini secara tidak langsung mengangkat martabat institusi masjid sebagai pusat ibadah, ilmu, perpaduan dan pembangunan komuniti yang lebih cemerlang serta relevan dengan keperluan semasa. 

“Sebagai institusi yang berperanan besar dalam kehidupan masyarakat, AJK masjid mempunyai tanggungjawab penting dalam memastikan masjid ini berfungsi secara menyeluruh.

Beta menyeru kepada pihak pengurusan masjid supaya merancang program yang bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam, tetap membuka ruang kepada masyarakat bukan Islam turut serta dalam aktiviti bersesuaian, ” titah baginda. ketika berkenan merasmikan Masjid Kampung Bukit Putera Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 63 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) di Kampung Bukit Putera, di sini hari ini. 

Sultan Mizan turut menitahkan supaya masjid dijadikan sebagai ruang inklusif dan mesra untuk semua peringkat usia termasuk kanak-kanak. 

Titah baginda, kehadiran anak-anak seharusnya disambut dengan tangan terbuka dan diberi perhatian yang lebih kerana mereka adalah generasi masa depan yang perlu dibimbing dan diasuh dalam suasana yang positif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN