Perak FC henti operasi, hantar pulang pemain import - Utusan Malaysia

Perak FC henti operasi, hantar pulang pemain import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Secara rasmi Perak FC menghentikan semua operasi berkuatkuasa serta-merta, akibat tekanan kewangan yang dihadapi oleh pasukan itu.

Menurut pengurusan pasukan, Perak FC telah menghantar pulang pemain-pemain import dan membayar apa yang termampu kepada para staf dan pemain dengan baki dana yang ada.

Semua staf dan pemain pasukan juga telah dimaklumkan bahawa Perak FC tidak akan menyertai sebarang liga atau pertandingan pada musim akan datang dan bebas mencari peluang di kelab bolasepak lain.

“Setelah tiga tahun atau dua setengah musim, dengan pelaburan melebihi RM40 juta. kami amat dukacita memaklumkan bahawa tiada lagi baki dana untuk diperuntukkan. Justeru, Perak FC akan menghentikan semua operasi berkuatkuasa serta-merta,” menurut pasukan tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Pengurusan pasukan itu juga mengucapkan penghargaan kepada para penyokong atas sokongan tanpa berbelah-bahagi.

“Ini bukanlah penutup yang kami harapkan, tetapi kami perlu berpijak dibumi yang nyata serta menerima kenyataan bahawa kekurangan dana telah membataskan segalanya, dan sampai masanya kelab terpaksa ditutup,” menurut pasukan tersebut.

Pengurusan pasukan turut mengimbau perjalanan Perak FC dengan langkah membersihkan RM8 juta hutang yang ditinggalkan oleh pengurusan terdahulu dan memperuntukkan RM10 juta setiap tahun untuk menguruskan operasi kelab.

Pengurusan pasukan menyatakan mereka masih menguruskan peralatan latihan pasukan dan baki barangan untuk dijual serta menunggu dana daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi kegunaan menyelesaikan kewajiban yang tertunggak sebaik mungkin. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN