Penjarakan pemandu, hukum syarikat jika salah – Sultan Selangor

Penjarakan pemandu, hukum syarikat jika salah – Sultan Selangor

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sul­­­­­­tan Sharafuddin Idris Shah me­­­­nitahkan tindakan lebih tegas diambil ter­­hadap pemandu kendera­an berat yang men­jadi punca ke­­mala­ngan yang me­ngorbankan nyawa atau menyebabkan kecederaan parah.

Baginda bertitah, pemandu yang didapati bersalah dalam insiden sebegitu wajar dikenakan hukuman berat termasuk denda, penjara dan tarik lesen memandu

“Pemilik syarikat ­ ­ken­­­­­deraan ju­­ga perlu di­per­tang­­gung­ja­­­wab­­kan ­sebagai lang­­­kah pen­ce­ga­han dan pe­nga­­­­jaran.

“Kerajaan perlu serius terha­dap kemalangan melibatkan ken­­deraan berat. Hu­kuman berat mesti dikenakan terhadap pe­mandu dan syarikat yang cuai.

“Melihat kepada peningkatan jumlah kes dan tragedi yang berlaku, tindakan segera dan lebih tegas adalah amat diperlukan,” titah baginda dalam kenya­taan dikeluarkan oleh Pejabat Sul­tan Selangor, semalam.

Titah tegas baginda itu dizahirkan susulan nahas tragis di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Perak yang meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 dari Sungai Senam, Ipoh, selepas kenderaan mereka terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah lori muatan pasir.

Antara terkorban termasuk Sarjan S. Perumal, 44; Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46; dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28. Kenderaan mereka ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas menyempurnakan penugasan sempena perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.

Kenderaan membawa 18 anggota FRU itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas penugasan perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.

Sultan Sharafuddin dalam perutusannya turut menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa dan menekankan bahawa nyawa anggota keselamatan yang berkhidmat demi keamanan negara tidak boleh dipersia-siakan akibat kecuaian pihak lain.

Baginda juga menggesa pe­ngendali kenderaan berat termasuk bas agar menjalankan saringan ketat terhadap kelayakan dan kecekapan pemandu serta kelindan.

“Semua pihak terlibat tidak boleh menutup sebelah mata terhadap isu kritikal seperti keadaan kenderaan dan kelayakan pemandu. Tragedi seperti ini tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa,” titah baginda.

Titah itu mencerminkan keprihatinan mendalam Sultan Selangor terhadap keselamatan awam dan keperluan mendesak untuk pembaharuan dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN