Pengawal hospital ditahan peras ugut RM50

Pengawal hospital ditahan peras ugut RM50

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan sebuah hospital di Lembah Klang ditahan selepas dipercayai memeras ugut wang tunai RM50 daripada seorang pelawat dalam satu kejadian yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 23 Disember tahun lalu kira-kira pukul 4 petang, namun mula tular pada 19 Mei lalu menerusi satu video berdurasi 55 saat dimuat naik pengguna media sosial.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa seorang wanita tempatan berusia 31 tahun telah membuat laporan polis pada hari video itu tular kira-kira pukul 11.27 malam, selepas mendakwa pengawal keselamatan terbabit enggan memulangkan wang ibunya yang diambil sebelum ini.

“Susulan laporan polis yang diterima, kita berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada 19 Mei lalu.

“Suspek telah direman selama dua hari sehingga 21 Mei bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut, jika disabit kesalahan.

Tambahnya, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 jika disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-9140758 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN