Pempengaruh disambung reman sehari, kertas siasatan dirujuk ke TPR

Pempengaruh disambung reman sehari, kertas siasatan dirujuk ke TPR

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis melanjutkan reman seorang pempengaruh dikenali CEO Batu selama sehari untuk membantu siasatan dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja berusia 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kertas siasatan membabitkan lelaki berusia 22 tahun itu akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini. 

“Reman selama empat hari yang sepatutnya tamat hari ini dilanjutkan selama sehari sehingga esok. Kertas siasatan akak dirujuk kepada TPR hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jumaat lalu, polis mengesahkan tangkapan membabitkan CEO Batu susulan laporan yang diterima daripada seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya berusia 14 tahun telah menerima mesej dan gambar berunsur seksual melalui aplikasi media sosial daripada lelaki berkenaan. 

Noor Ariffin dilaporkan berkata, suspek telah menghantar beberapa imej tidak senonoh serta mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal Mei lalu.

“Suspek kini ditahan selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Beliau berkata, polis memandang serius kesalahan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN