KUALA LUMPUR: Sewaktu PKR menjadi pembangkang, naratif melawan UMNO Barisan Nasional (BN) dan ‘menang besar’ kuat dimainkan sehingga berjaya mendapat sokongan di peringkat akar umbi parti serta sokongan rakyat. Naratif itu menyatukan pelbagai kem dalam parti, walaupun wujud perbezaan pendekatan dan personaliti dalamannya. Namun hari ini, apabila PKR sudah menjadi tulang belakang Kerajaan Perpaduan, naratif perjuangan semakin kabur dan mulai berubah. Sebahagian kepemimpinan tertinggi dilihat lebih selesa dengan kuasa, tetapi…