SEREMBAN: Seorang pemandu kereta Honda Jazz yang masih di bawah umur akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) atas dua pertuduhan memandu sehingga menyebabkan tiga remaja maut dan tidak memiliki lesen memandu pada Mac lalu. Peguam, Johan Radzi yang mewakili pesalah kanak-kanak lelaki berusia 17 tahun itu memaklumkan demikian ketika prosiding sebutan kes di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd. Talhah, semalam. “Pihak pembelaan akan memfailkan representasi setelah meneliti dokumen-dokumen…










