Pelukan terakhir arwah kakak jadi kenangan – Adik

Pelukan terakhir arwah kakak jadi kenangan – Adik

GAMBAR kenangan Allahyarham Norizah Tambunan Nordin (belakang kanan) ketika bersama keluarga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pelukan terakhir ketika menghantar arwah kakak menunaikan haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan menjadi kenangan terakhir keluarga hingga ke akhir hayat.

Demikian luah Anggiat Tambunan Nordin, 44, yang membe­ritahu, arwah kakaknya, Norizah Tambunan, seakan tidak mahu berpisah seolah-olah tahu perjalanan menunaikan rukun Islam kelima itu perjalanan terakhir sebelum menemui pencipta.

Katanya, arwah yang masih bujang di bawah jagaannya ke­rana dia adalah anak lelaki daripada empat beradik.

“Dalam pelukan itu saya sempat membisikkan kepadanya pe­san arwah ibu, Azizah Othman­ bahawa sebagai orang Islam perkara utama perlu dilakukan adalah memastikan kita selamat di dunia dan akhirat.

“Arwah anak kedua dan bekerja Penolong Pegawai Tadbir (PPT) di Pejabat Daerah Kluang dan menunaikan haji atas tiket rombongan kerajaan Johor,” katanya ditemui pemberita, semalam.

Anggiat ditemui Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid di kediaman arwah ibunya di Kampung Low Piak di Taman Nira Batu Pahat.

Arwah Norizah Tambunan adalah jemaah pertama negara yang meninggal dunia ketika menunaikan haji dipercayai akibat serangan jantung, 16 Mei lalu.

“Walaupun sukar menerima pemergian kakak, semua keluarga meredainya apatah lagi beliau rebah dan meninggal pukul 6.20 (waktu Mekah) ketika mahu melakukan tawaf.

“Arwah kakak disembah­yangkan selepas solat Jumaat dan dikebumikan Tanah Perkuburan Sharayaa di Mekah pada hari sama,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fared berkata, pemergiannya satu kehilangan bagi pentadbiran awam negeri ini.

Kerajaan negeri katanya, mem­berikan pampasan iaitu ba­yaran tiket penerbangan dan telah dikreditkan ke akaun TH arwah Norizah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN