Pelakon Doctor Stranger, Choi Jung Woo meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pelakon Doctor Stranger, Choi Jung Woo meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon veteran Korea Selatan, Choi Jung Woo meninggal dunia pada pagi semalam, pada umur 68 tahun.

Berita kematiannya itu disampaikan menerusi agensinya, Bless Entertainment, namun punca kematian tidak didedahkan kepada umum.

“Choi Jung-woo meninggal dunia pada pagi 27 Mei. Tolong doakan perjalanan terakhir mendiang,”

Tambahnya, penghormatan terakhir buat Choi akan dijalankan di Hospital Gimpo Woori dan akan disemadikan di Taman Peringatan Yeonhwa, Suwon esok.

“Altar penghormatan terakhir telah didirikan di Hospital Gimpo Woori bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

“Upacara pengebumian pula dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi esok dan mendiang Choi akan disemadikan di Taman Peringatan Yeonhwa, Suwon,” katanya.

Sebelum ini, Choi difahamkan mempunyai penyakit kemurungan dan mengalami gangguan panik.

Terdahulu, pelakon drama The Master’s Sun itu memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada tahun 1975 menerusi teater berjudul ‘Kehidupan seorang pelakon’.

Sepanjang hampir lima dekad penglibatannya dalam dunia lakonan, Choi Jung-woo telah membintangi pelbagai filem terkenal termasuk Two Cops (1996) dan Project Silence (2023).

Beliau cukup dikenali dengan pembawaan watak-watak berwibawa dalam drama-drama seperti The Tale of Lady Ok (2024), A Place in the Sun (2018), Alice (2020) dan Quiz of God (2010).

Choi turut mencuri perhatian menerusi lakonannya sebagai setiausaha kepada watak lakonan So Ji-sub dalam drama popular Doctor Stranger (2014) dan Master’s Sun (2013).

Drama terakhir lakonannya ialah Who Is She, yang menayangkan episod terakhirnya pada Januari lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN