Pegawai PBT, pemilik syarikat direman berkaitan kes rasuah projek lampu jalan

Pegawai PBT, pemilik syarikat direman berkaitan kes rasuah projek lampu jalan

DUA pegawai PBT dan seorang pemilik syarikat di Pulau Pinang direman oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Dua pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini dan seorang seorang pemilik syarikat direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dengan aktiviti rasuah sejak 2016 melibatkan tender projek pemasangan lampu isyarat dan lampu jalan.

Pegawai Pendaftar Mahkamah Majistret George Town, Muhammad Azam Md Eusoff membenarkan dua penjawat awam berkenaan direman selama empat hari sehingga 9 Mei manakala pemilik syarikat  pula direman selama dua hari sehingga hari ini selepas permohonan dibuat SPRM di mahkamah berkenaan, semalam.

Menurut sumber, kedua-dua penjawat awam yang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita serta pengarah syarikat lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang ketika hadir memberi keterangan antara pukul 1 tengah hari hingga 4 petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati, beberapa pemilik syarikat telah memberi rasuah kepada beberapa penjawat awam di sebuah majlis perbandaran sebagai balasan membantu untuk mendapatkan tender projek lampu isyarat dan lampu jalan dengan mengemukakan permohonan mengandungi butiran matan palsu.

“Kedua-dua penjawat awam berkenaan dipercayai telah menerima suapan antara RM3,000 sehingga RM5,000 sejak 2016 tanpa perlu membuat semakan terhadap dokumen yang dihantar pemilik syarikat terlibat,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Idris Zaharudin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan yang dibuat ke atas ketiga-tiga suspek dan berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009.

Katanya, operasi yang dijalankan oleh SPRM ini bertujuan membanteras rasuah yang berlaku di dalam agensi kerajaan khususnya PBT bagi mengelakkan syarikat yang tidak memenuhi kelayakan daripada dipilih sehingga menyebabkan projek kemudahan awam ini akan tergendala. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN