ALOR SETAR: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mendukung formula Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Perpaduan dalam berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Presidennya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, parti komponen BN itu berpandangan kerjasama tersebut juga diyakini membawa kestabilan politik di Sabah kelak berdasarkan rekodnya di peringkat Kerajaan Persekutuan. “Beberapa hari lepas ada kenyataan daripada kepimpinan tertinggi bahawa kerjasama PH dan BN akan…










