PATI patah kaki terjun sungai, lari dicekup imigresen

PATI patah kaki terjun sungai, lari dicekup imigresen

PEGAWAI imigresen memeriksa dokumen wàrga asing dalam Ops Sasar di Tapak Bangunan Taman Suria, Johor Bahru. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Puluhan pendatang asing tanpa izin (PATI) nekad terjun ke sungai sedalam lebih tiga meter untuk melarikan diri daripada dicekup dalam serbuan pihak berkuasa di sebuah tapak pembinaan di Taman Suria, di sini.

Akibatnya, seorang lelaki warga Bangladesh berusia dalam lingkungan 30-an mengalami kecederaan dan patah kaki kiri dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen.

Semasa serbuan itu, puluhan PATI turut mengambil risiko melarikan diri dengan melintas jalan raya.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, pihaknya memeriksa seramai 215 warga asing dan pekerja tempatan dalam Op Mahir yang dijalankan bermula pukul 10.30 itu.

“Daripada jumlah tersebut, kita telah menahan 189 daripada mereka yang dipercayai tidak mempunyai permit sah untuk bekerja dan berada di negara ini.

“Seramai 165 daripada mereka merupakan warga Bangladesh, manakala 18 warga Myanmar serta sembilan lagi merupakan warga Indonesia,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi serbuan, di sini hari ini.

Mohd. Rusdi berkata, kesemua PATI yang ditahan dibawa ke JIM Johor di Taman Setia Tropika untuk pemeriksaan lanjut sebelum ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas.

“Kita mahu mengingatkan pihak majikan untuk menggajikan pekerja mengikut saluran sah di sisi undang-undang. Sekiranya terdapat aduan pemeriksa akan dijalankan dan jika benar ada kesalahan dibuat, tindakan tegas akan diambil.

“Penahanan terhadap semua PATI ini dibuat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; Seksyen 6(1)c dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Mohd. Rusdi turut memaklumkan serbuan itu dijalankan seramai 120 pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Johor serta pegawai dan anggota dari Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN