Paparan bendung caj rawatan tidak munasabah

Paparan bendung caj rawatan tidak munasabah

Mohideen Abdul Kader
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Penguatkuasaan undang-undang baharu yang mewajibkan semua kemudahan kesihatan swasta dan farmasi komuniti di Malaysia memaparkan harga ubat secara jelas dilihat sebagai satu langkah penting demi ketelusan dan hak pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, penguatkuasaan ini memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat pilihan, membandingkan harga dan mengelakkan caj yang tidak munasabah.

“Langkah ini disifatkan se­bagai titik tolak kepada pembentukan sistem kesihatan yang lebih adil, telus dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia kerana ubat adalah barangan penting dalam kehidupan seharian.

“Dengan kadar inflasi perubatan negara yang kini mencecah 15 peratus, maka adalah sangat penting untuk rakyat mengetahui harga ubat secara terbuka,” katanya di sini semalam.

Selain CAP, langkah memaparkan harga ubat turut di­sokong oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna lain termasuk Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Pengguna Luar.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, undang-undang berkenaan sebenarnya bukan satu bentuk kawalan harga, tetapi merupakan mekanisme ketelusan harga bagi melindungi pengguna daripada amalan harga tidak beretika.

Katanya, isu paparan harga juga tidak patut dikaitkan dengan pendapatan doktor atau kemampanan klinik, kerana ia hanya menyentuh hak pengguna untuk mengetahui harga ubat dibeli, bukan yuran profesional perubatan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN