P.Pinang bentang RUU tubuh lembaga urus air mentah Mei ini

P.Pinang bentang RUU tubuh lembaga urus air mentah Mei ini

CHOW Kon Yeow (tiga dari kiri) ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri di Empangan Air Itam, George Town, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pulau Pinang dijangka membentangkan satu Rang Undang-Undang (RUU) khusus pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan bagi membolehkan satu lembaga pengurusan air ditubuhkan di negeri itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, dengan adanya lembaga pengurusan tersebut, isu-isu berkaitan air mentah seperti pelesenan, pendakwaan dan sebagainya boleh dikuatkuasakan berbanding sebelum ini.

“Sebenarnya, isu pengurusan air mentah ini bukan tanggungjawab operator atau PBAPP (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang) untuk uruskan sejak dulu lagi.

“Tetapi, sekarang, kita sudah ada satu badan kawal selia air iaitu di bawah pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas isu-isu berkaitan air mentah di negeri Pulau Pinang.

“Jadi, sudah sampai masanya juga untuk Pulau Pinang mempunyai satu enakmen khusus untuk pengurusan air ini termasuk menubuhkan lembaga pengurusan air,” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri di Empangan Air Itam di sini, hari ini.

CHOW KON YEOW

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir. K. Pathmanathan dan Presiden Water Watch Penang, Prof. Datuk Dr. Chan Ngai Wong.

Ketika ini, PBAPP bertanggungjawab melaksanakan operasi pengagihan air terawat dan penyelenggaraan infrastruktur bekalan air selain menjalankan kerja-kerja meningkatkan kapasiti perbekalan air, pengurusan akaun dan sebagainya.

Difahamkan, dengan adanya lembaga pengurusan air mentah itu kelak, usaha pemuliharaan serta pemeliharaan sumber berkaitan serta alam sekitar juga dapat dilestarikan pada masa yang sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya