Operator pengeluaran didakwa bunuh bapa mentua

Operator pengeluaran didakwa bunuh bapa mentua

KARTHIY didakwa di Mahkamah Sesyen membunuh bapa mertuanya dalam kejadian akhir April lalu. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang operator pengeluaran didakwa membunuh bapa mentuanya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, dengan menumbuk dada dan memukul mangsa, dalam kejadian pada akhir April lalu.

Tiada pengakuan tertuduh, V. Karthiy, 32, direkodkan yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hazeelia Muhammad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian P. Sasi Kumar, 52, dengan menumbuk bertubi-tubi dan memukul lelaki itu dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang pada 27 April lalu di Taman Rahang di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh diwakili peguam, A.R Thamayanthy.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 18 Jun ini bagi menunggu laporan kimia dan bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN